Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Masak Lemak Sayur Bayam Merah Paling Mudah Dan Cepat

Resepi Masak Lemak Sayur Bayam Merah Paling Mudah Dan Cepat | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah sudah masuk hati ke 8 kita berpuasa di bulan Ramadan 1440H ini. Pelbagai juadah dan resepi lalu lalang di dinding muka buku hasil perkongsian rakan-rakan. Hasil perkongsian kebanyakan membantu memberi idea untuk juadah seterusnya yang seperti selalu apabila balik kerja perlu fikir apa menu nak makan. Oleh kerana agak kesuntukkan masa balik kerja tetapi tiada idea nak masak jadi mestilah menu paling cepat dan ringkas menjadi pilihan. Baru-baru ini Sha teringin nak makan lauk ada budu jadi kauh semestinya nak berlemak untuk dipadankan dengan ikan goreng dan kebetulan pula memang Sha ada sayur bayam merah di dalam peti ais jadi apalagi terjadilah Masak Lemak Sayur Bayam Merah.


BAHAN-BAHAN MASAK LEMAK SAYUR BAYAM

200 g santan
Seikat Bayam Merah
1 biji cili merah
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil lada hitam*
Garam

Bahan bertanda * ditumbuk. 

CARA-CARANYA YANG RINGKAS

Masukkan santan ke dalam periuk, panaskan sambil itu tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam santan. Kacau. Kalau rasa kuah sikit ke kurang ke boleh tambah santan atau air.

Masukkan sayur bayam dan hirisan cili merah, perasakan dengan garam.

Siap.

Sesetengah orang dalam kuah pun ada yang tumbuk isi ikan sekali dengan bawang dan lada hitam tapi kali ini namanya paling cepat jadi kita ringkaskan tambah pula memang Sha nak makan dengan ikan juga.💖

 Cadangan hidangan sahaja jangan terliur...ahahahaha

Alhamdulillah macam ni serius sangat bahaya bagi yang suka makan budu sebabnya boleh menyebabkan korang makan nasi bertambah-tambah. Awas ! Walaupun berpuasa kita perlu mengawal kuantiti dan kualiti pemakanan kita agar kita mendapat manfaat daripada ibadah menahan lapar dan dahaga seharian.

Nah, siap ada video walaupun pendek ...ehehehe...jemput tengok dan jangan lupa subscribe channel Sja okay...
 
Sekian, Terima Kasih.

Post a Comment

7 Comments

  1. wahh kena sangat dah tu sha menu sha tu, kak ana pun suka :)

    ReplyDelete
  2. nyummmmm.. kalau saya, saya kawan kena dengan sambal belacan.. hee~ makan dengan nasi panas.. terangkat terok !!

    ReplyDelete
  3. Suami dan anak2 mmg suka sayur lemak putih ni. Sebab tu suka masak. Kompom tak terbuang

    ReplyDelete
  4. Oh! selalu masak tumis air jer... bayam ni
    Next time boleh cuba masak lemak pulak

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Sha jarang buat masak lemak.. selalu goreng je..

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi buat bayam masak lemak putih ni. Boleh try nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi