Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Kuah Laksa Lemak Yang Sedap Dimakan Dengan Laksa Atau Laksam

RESEPI LAKSA LEMAK | Assalamualaikum semua. Semalam malas pulak nak masak apa-apa untuk sarapan jadi Sha sarapan dengan nasi kerabu yang di beli di pasar, alang-alang keluar cari ikan segar di pasar. Makan nasi kerabu memang sampai petang kekenyangan jawabnya. Pukul 2 petang tiba-tiba teringin nak makan laksa, Sha cakap kat suami dan suami cakap nak pergi makan kat Padang Polo ke? Tapi Sha teringin nak makan Laksa Lemak atau pun Laksa Terengganu juga Laksa Kelantan, ehh tak pasti pulak apa perbezaan mereka ini jadi Sha dari dulu memang biasa panggil laksa lemak pendek kata laksa lemak ini sebenarnya laksa yang dimakan dengan kuah laksam. Jadi Sha kongsikan resepi kuah laksam dan aksesori yang biasa di makan bersama Laksa Lemak ini. Memang dari kecil mak Sha ajar makan macam ni dan panggil macam ni..huhu

resepi laksa kelantan

Sejak tinggal di Perak memang Sha jaranglah jumpa laksa lemak, sebabnya biasa kedai buat laksam siap bungkus. Sha tak berapa suka makan laksam. Jadi bila teringin laksa lemak kena masak sendiri, kalau nak makan laksa biasa kuah merah atau laksa penang memang banyaklah. Kalau ke Padang Polo Ipoh, korang tinggal pilih sahaja nak laksa dari lori penjaja mana. Di Padang Polo ada laksa Ipoh, Laksa Khomsa, Laksa Kedah dan lain-lain tapi kalau cari laksa kuah putih memang tak akan jumpa. Jadi macam mana nak buat laksa kuah putih? Jom tengok resepinya di bawah.

Resepi Kuah Laksam

8 ekor ikan sardin ( Direbus & ambil isi)
Bawang merah besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1/2 inci
Lada hitam 1 sudu besar
Asam keping 5 keping
Santan pekat 1/2 kg
Air
Garam
Gula

Cara-cara Masak Kuah laksam


1. Ikan direbus kemudian diasingkan isi dan tulang. Jangan buang air rebusan, nanti nak guna lagi.

2. Satukan bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam + isi ikan dan air di dalam blender dan blend.

3. Nyalakan api dapur. Dalam periuk masukkan santan dan masukkan bahan blender tadi. Letakkan asam keping juga

4. Kacau dan masukkan air rebusan ikan tadi. Jika pekat masukkan air sedikit.

5. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Diingatkan supaya kacau kuah jangan biarkan ianya pecah minyak dengan api sederhana. Sha suka kuah yang lembut tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.


Bahan-Bahan Lain

Sambal

  • Sha cuma rebus cili kering dan blend.

Ulam-Ulaman

  • Kacang panjang
  • Timun Batang
  • Kubis
  • Taugeh
  • Limau Nipis
  • Bunga kantan
Perasa

  • Garam Halus
  • Belacan
Kali ini Sha rindu sangat nak makan dengan tangan, suami Sha pun dah pelik tengok Sha makan laksa dengan tangan tak pakai sudu macam biasa. Dulu pun Sha pelik tengok orang makan laksa dengan tangan tapi bila cuba sendiri, nikmatnya lebih sedap. Sha suka makan laksa ni letak sambal lebih sikit bagi kuah kemerah-merahan lagi ummph!

* Santan lebih? Boleh masak resepi ini --> Resepi Masak Lemak Udang Dengan Kacang Buncis

Biasa yang Sha tahu kalau bukan orang pantai timur, mereka tak hidang dengan cara macam ni dengan garam dan belacan asing semuanya disatukan. Kalau tak pernah makan macam ni bolehlah cuba nanti. Suami Sha pun sudah biasa dengan hidangan sebegini, kalau kuah tak cukup masin, tak ada masalah sebabnya kita hiding siap dengan garam halus nanti boleh tambah sendiri. Anak-anak pun suka makan laksa lemak kuah putih macam ini, nasib baik resepi laksa kuah lemak putih ini mudah sahaja.

Ehhhh... Jangan lupa beli laksa pulak yea!

Post a Comment

8 Comments

  1. maknanya ni resepi laksam tapi kita guna mee laksa ya? syaza suka giler kuah laksam ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..betul tuhhh...guna laksa..ganti laksam..Sha tak bape suka laksam

      Delete
  2. Sama resepi dengan keluarga kami. Haish kalau buat sendiri memang puas hati. Boleh tambah banyak2. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ana...klu mkn ramai2..lepas cedok ...cedok lg..hihih

      Delete
  3. tak pernah buat dan makan.. hahaha...
    tp nak cubalah

    ReplyDelete
  4. kuah laksa putih ni makan dengan laksam saya lalu makan..
    kuah laksa yang oren tu memang kenot go. tataulaa.. pelik2 tekak ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi