BUKIT GAMBANG WATER PARK | 4 Julai 2018 | Hayyyyoooo... Akhirnya dapat juga Sha pergi bercuti di tempat yang diidam-idamkan selamat ini, selain pulau Sha teringin sangat nak bercuti di sebuah tempat yang ada taman tema air . Rupanya rezeki 2018 baru dapat merasa ke taman tema air dan dapat pula ke Bukit Gambang Resort City memang sesuatu yang dianggap TUAH. Teruja untuk
merasai pengalaman berada di Bukit Gambang Resort City yang terletak di Bukit
Gambang Pahang Darul Makmur ini yang juga merupakan Taman Tema Air Terbesar di Pantai Timur menyebabkan Sha bertolak awal daripada Perak
dan sampai awal daripada waktu check in resort, Nampak tak ketidaksabaran Sha
sekeluarga tu?eheheh..sebenarnya keadaan pemandu iaitu encik suami yang mampu
memandu terus ke Pahang adalah faktor sebenar Sha sampai awal daripada
perancangan asal perjalanan kami. Akhirnya berpeluang juga ke sini untuk 3
hari 2 malam bermula 4 Julai 2018 hingga 6 Julai 2016.
Bukit Gambang Resort City memang terkenal dengan Bukit Gambang Water Park sehingga mendapat pengiktirafan daripada BabyTalk Reader’s Choice Award pada tahun 2014 sebagai Best Outdoor Theme Park dan Best Large Water Park tahun 2011 daripada MAATFA (Malaysian Association of amusement Theme Park & Family Attractions). Taman Air Bukit Gambang - Taman Air Terbaik Malaysia dengan keluasan 46 ekar yang direka dan dibina di dalam hutan sekunder yang subur. Landskap dan perubahan sekitarnya secara semulajadi sebagai hutan yang matang menawarkan suasana tropika ke taman air. Alami tarikan-tarikan aktiviti air yang paling lama yang mana Sha sendiri masa lebih kurang 3 jam tidak cukup untuk meneroka seluruh taman tema, mempunyai taman paling tinggi dan terbesar di negara ini. Mempunyai sesuatu untuk semua orang boleh nikmati termasuk kanak-kanak dari semua peringkat umur.
Perkara penting yang korang juga perlu tahu adalah tentang pengangkutan, untuk ke Bukit Gambang Water Park perkhidmatan Tramp akan digunakan untuk pergi dan balik daripada lobi penginapan terus ke Bukit Gambang Water Park.
Tramp yang akan bawa pergi dan balik dari penginapan ke Water Park & Safari Park Bukit Gambang
Bergambar di hadapan pintu masuk Bukit Gambang Water Park
Kaunter untuk korang beli tiket sebelum masuk.
Harga tiket.
Tak cukup wang? Jangan risau pihak Bukit Gambang sudah sediakan ATM untuk keluarkan duit. Korang jangan risau untuk keluarkan duit lebih kerana untuk menikmati Taman Tema Air Bukit Gambang ini adalah menggunakan sistem E-Value yang mana di sebelah dalam terdapat kaunter topup dan selepas topup hanya perlu imbas bar kod yang dibekalkan pada pergelangan tangan korang untuk menggunakan perkhidmatan di sebelah dalam water park.
Pintu masuk dan keluar daripada Bukit Gambang Water Park
Penguin Island adalah pilihan
pertama kami sekeluarga dengan kemudahan yang ada, ketinggian air dan struktur
taman tema memang mampu mengembirakan hati Abang Zaryth dan Adik Nur yang
memang teruja sehinggakan ibu dan ayah tak dipedulikan. Alhamdulillah mungkin
kerana ramai kawan-kawan ada main air bersama Abang Zaryth dan Adik Nur
tidak takut untuk mencuba permainan gelongsor di dalam air.
Di Coco Beach ini juga korang boleh menikmati bola tampar pantai seakan-akan di pantai sebenar kerana kawasan ini berpasir halus pantai. Boleh ke Rental Area di Penguin express untuk sewa bola tampar pantai. Kalau macam ni boleh buat perlawanan la kan? Sewa bola dan bentuk team kemudian lawan.. pasti menyeronokkan.
Habis layan pantai jom kita ke Tree Top Hills Slide, bagi orang dewasa tidak sah jika tidak merasai pengalaman gelongsor air di celah pokok semulajadi yang berusia ratusan tahun. Terdapat Six Lanes Racer , gelongsor paling tinggi di Taman Tema Air Bukit Gambang yang pasti memberi pengalaman extreme bagi sesiapa yang mencubanya.
Selain itu terdapat juga Crytal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide dan Family Raft Ride. Untuk Family Raft Ride amat menarik kerana korang akan hanyut bersama ahli keluarga di dalam pelampung yang mampu menampung paling tidak 4 orang dan menggelongsor laju sepanjang 220 m.
Ooohh yeaa...sebelum balik pasti ada yang biasanya akan membeli sesuatu untuk dijadikan kenangan semasa di Bukit Gambang Water Park dan tidak kurang juga ingin membeli buah tangan untuk saudara mara dan rakan-rakan kan? Jangan risau sebelum masuk tadi ada Gift Shop yang menyediakan pelbagai jualan.
Pemilihan tempat untuk bercuti kali ini amat memuaskan hati bukan sahaja Sha, suami pun sangat sporting kali ini kerana menyertai sama aktiviti yang ada maklumlah Sha memang sukakan aktiviti sebegini. Paling penting anak-anak asyik sebut "Best Ibu dapat pergi Water Park..Seronok" mana tak seronoknya kali ini memang berani lain macam naik gelongsor, asyik turun naik je diaorang layan Aqua Play, lapar sempat layan Pizza kemudian sambung main lagi..hihihi
Untuk bercuti ke Bukit Gambang Resort City Sha sarankan paling kurang 3 hari 2 malam kerana banyak aktiviti yang korang boleh terokai, masa untuk meneroka Bukit Gambang Water Park sahaja sudah memakan masa 1 hari jadi rancanglah percutian korang sebaik-baiknya. Rugi kalau tidak mengambil peluang menyertai aktiviti yang ada hanya di satu kawasan sahaja ini. Tambah pula korang boleh pilih pakej free & easy atau ambil pakej siap penginapan dengan tiket Water Park juga Safari Park..berbaloi-baloi...percayalahh....
Apakah aktiviti lain yang ada di Bukit Gambang Resort City? Nanti Sha cerita lain....tunggu...
Nak tahu pengalaman rakan-rakan Sha? Boleh baca sini pulak...
>>> http://www.sheilainspire.com/2018/07/rahsia-di-sebalik-bukit-gambang-water.html
>>> http://www.leaazleeya.com/2018/07/bukit-gambang-water-park-destinasi.html
Sebelum ke destinasi pilihan korang, selepas berjalan daripada pintu masuk korang perlu ke Penguin Express yang mana di sini terdapat kemudahan tandas, bilik mandi, topup counter, bilik pertolongan cemas dan loker barang. Di sini jugalah tempat korang nak sewa kelengkapan seperti pelampung dengan pelbagai harga yang mana semuanya dengan E-Value yang boleh didapati di Kaunter Top Up bukan secara tunai okeh.
Welcome to Penguin Island ! Apa yang ada disini? Jom tengok..memang Abang Zaryth dan Adik Nur suka sangat.
Aqua Play- Bertemakan Stay Cool , Get Wet menjadi tumpuan anak-anak, terdapat gelongsor yang rendah dan sederhana tinggi, buaian di dalam air, air pancut dan kehadiran 3 ekor ikan pirana yang memuntahkan air. Gelongsor air yang ada memang selamat dan sesuai untuk anak-anak dan ibu bapa yang menemani. Di bahagian tepi terdapat Cabanas atau pondok untuk disewa bagi yang ingin bersantai dan berehat.
Kids Splash Pool
Adult Leisure Pool - Aras 0.9 m sesuai untuk orang dewasa berenang.
Kids Slide
Journey Of Ice - Glacier River - Pengunjung boleh menyelusuri Sungai Glacier sepanjang 380 m termasuk 50 m di terowong ais, untuk air biasa hanya sedalam 1m jika ada ombak boleh mencecah 1.5m.
Pizza Time - F&B food outlet terbaru di Bukit Gambang Water Park, Sha telah mencuba Pepperoni Beef memang terbaik gabungan Beef Pepperoni, Chili dan Mozarella Cheese paling penting tak muak. Pedas tapi anak-anak boleh makan kira Ok laa tuu, harga pun berbaloi sangat. Pizza ini boleh dibeli sebiji atau mengikut kepingan dan yang penting korang kena tahu nak beli pizza pun pakai E-Value dan bukan secara tunai. E-value boleh di dapati di Top Up Counter jadi tak perlu korang risau nak bawa duit lepas tu nak terjun masuk air lagi hanya perlu imbas kod bar di pergelangan tangan sahaja.
Jom kita ke COCO BEACH WAVE POOL & LAGOON pulaaaaa...
Nampak tak 3 orang sedang bersantai di tepi pantai tengah layan ombak menghempas tubuh mereka? Itulah suami dan anak-anak Sha yang memang sukakan pantai, jadi dekat Bukit Gambang Water Park ni dapatlah merasa semua termasuk taman tema, kolam dan pantai. Pantai buatan ini akan menghasilkan ombak mengikut masa yang ditetapkan iaitu seperti jadual dibawah.
Di Coco Beach ini juga korang boleh menikmati bola tampar pantai seakan-akan di pantai sebenar kerana kawasan ini berpasir halus pantai. Boleh ke Rental Area di Penguin express untuk sewa bola tampar pantai. Kalau macam ni boleh buat perlawanan la kan? Sewa bola dan bentuk team kemudian lawan.. pasti menyeronokkan.
Habis layan pantai jom kita ke Tree Top Hills Slide, bagi orang dewasa tidak sah jika tidak merasai pengalaman gelongsor air di celah pokok semulajadi yang berusia ratusan tahun. Terdapat Six Lanes Racer , gelongsor paling tinggi di Taman Tema Air Bukit Gambang yang pasti memberi pengalaman extreme bagi sesiapa yang mencubanya.
Selain itu terdapat juga Crytal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide dan Family Raft Ride. Untuk Family Raft Ride amat menarik kerana korang akan hanyut bersama ahli keluarga di dalam pelampung yang mampu menampung paling tidak 4 orang dan menggelongsor laju sepanjang 220 m.
Ooohh yeaa...sebelum balik pasti ada yang biasanya akan membeli sesuatu untuk dijadikan kenangan semasa di Bukit Gambang Water Park dan tidak kurang juga ingin membeli buah tangan untuk saudara mara dan rakan-rakan kan? Jangan risau sebelum masuk tadi ada Gift Shop yang menyediakan pelbagai jualan.
Pemilihan tempat untuk bercuti kali ini amat memuaskan hati bukan sahaja Sha, suami pun sangat sporting kali ini kerana menyertai sama aktiviti yang ada maklumlah Sha memang sukakan aktiviti sebegini. Paling penting anak-anak asyik sebut "Best Ibu dapat pergi Water Park..Seronok" mana tak seronoknya kali ini memang berani lain macam naik gelongsor, asyik turun naik je diaorang layan Aqua Play, lapar sempat layan Pizza kemudian sambung main lagi..hihihi
Untuk bercuti ke Bukit Gambang Resort City Sha sarankan paling kurang 3 hari 2 malam kerana banyak aktiviti yang korang boleh terokai, masa untuk meneroka Bukit Gambang Water Park sahaja sudah memakan masa 1 hari jadi rancanglah percutian korang sebaik-baiknya. Rugi kalau tidak mengambil peluang menyertai aktiviti yang ada hanya di satu kawasan sahaja ini. Tambah pula korang boleh pilih pakej free & easy atau ambil pakej siap penginapan dengan tiket Water Park juga Safari Park..berbaloi-baloi...percayalahh....
Apakah aktiviti lain yang ada di Bukit Gambang Resort City? Nanti Sha cerita lain....tunggu...
Nak tahu pengalaman rakan-rakan Sha? Boleh baca sini pulak...
>>> http://www.sheilainspire.com/2018/07/rahsia-di-sebalik-bukit-gambang-water.html
>>> http://www.leaazleeya.com/2018/07/bukit-gambang-water-park-destinasi.html
Masa Operasi Bukit Gambang Water Park :
Isnin, Rabu & Khamis :
11.00 pagi hingga 6.00 petang
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti sekolah & Cuti Umum :
9.30 pagi hingga 6.30 petang.
TUTUP pada Selasa kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia
*Pihak pengurusan berhak menukar waktu operasi tanpa notis awal.
Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur ,Malaysia
Tel : +09-548 8000 ext. 8400 Fax : +609-548 6288
Water Park Inquiries - bg_waterpark@bgcr.com.my
Hotline : 016-9884768
24 Comments
hi... syoknyer cik ma, k.sheila x puas main air ni... tolongggg....
ReplyDeleteberasa xnk bawak ank dh lepas nihh..mok nk main jugok wehh
Deleteuihhh terbaikkkk. complete !
ReplyDeletetq Mek 4 wonderfulllll vacation..
Deleteanak anak teruja boleh main air dengan bebas..siap ada playground dalam air tu..hahaha
ReplyDeletetau dakpe..ibu nak jadi macam tarzan doh duk panggil anak2
DeleteWaterpark di Gambang memang terbaik.. Husniey tak sempat nak try main yang slide untuk dewasa.. Dalam planning nak repeat! 😍
ReplyDeletekean repeatt...baru puas hati...kena try belake
DeleteTerbaik..budak² pun tak puas mandi dan tak sempat nak explore kawasan dia..
ReplyDeletemacam kena repeat je kak...huhu
Deletewahh bestnya pergiii
ReplyDeletenanti ada peluang Rabia ikut okehh
Deletelast pi sana thn 2012 masa anak2 kecik lg. mrka kata x puas mandi, so nanti kena gi plak la.
ReplyDeleterepeat abe kie...sebab ada upgrade dh tuu..
DeleteWHhh best dapat terokai gambang ni ni.. Nak kena g gak la entah la bila boleh g
ReplyDeleteBestnyaaaaa. Gini peseng kalau jejak air memang taknak naik darat dah hihi
ReplyDeletecantik tempat ni :)
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika belum join :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/saham-akhirat-insyaallah.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html
terbaikkk cikma.. 😍😍
ReplyDeletepergi sekali gambang dulu.. seronok nampak semua .. memang tempat wajib pergi ni
ReplyDeleteBest ni kalau pergi ramai-ramai...
ReplyDeleteKalau semua dibuka memang syok habis sebab yang sedia ada pun dah Syokkk !!! hehehe
ReplyDeleteterbaik info cik ma. hehe
ReplyDeleteLove how fast the glacier River was
ReplyDeleteLife vest security assumes a gigantic part in numerous situations. For instance, when the pontoon is inverted in unpleasant water or substantial ocean conditions, or one gets lost the vessel because of crash. life jackets for jet
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi