Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KESAN HISAP GAM KEPADA OTAK MANUSIA

KESAN HISAP GAM KEPADA OTAK MANUSIA | Kejadian hisap gam di depan mata Sha banyak membuktikan bahaya aktiviti tidak sihat ini memberi impak yang tidak baik kepada setiap orang yang menyalahgunakannya. Mengikut fakta gam terkandung di bawah kategori inhalan.

sumber : google
Apakah itu inhalan?  Inhalan merupakan bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada bahan pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau bahan sedutan yang meruap (volatile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda.

Jenis-Jenis

Pelarut/Cecair
Bahan Gas
Aerosol
bahan Nitrik

KESAN PENGAMBILAN

Bahan ini boleh bertindak dengan menjadikan penggunanya berasa khayal, kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini akan berterusan selama 15 minit sehingga ke 2 jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, pengguna mungkin hilang deria rasa dan seterusnya tidak sedarkan diri.

MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk yang serta merta dan juga jangka panjang. Kesan yang serta merta adalah seperti berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, terhoyong-hayang, emosi kurang stabil dan kehilangan deria sakit. Kesan jangka panjang pula adalah seperti kerosakan sel otak dan organ utama, gangguan penglihatan, sakit jantung dan kematian mengejut.

Pernah suatu hari Sha bersembang dengan seorang bekas penagih, dia bermula dengan menghisap gam sebelum mengenali dadah lain. Dia berkata, "Puan kalau puan nak melancong kemana-mana puan berangan dan hisap gam pasti akan sampai ke sana". Wahhh...jimat betul kalau melancong macam tu.. Semasa dia menyalahguna gam dia biasanya tak sedar apa yang dia buat dan ingat-ingat lupa apa yang dia sedang lakukan. Itulah penangan hisap gam sehinggalah dia mendapat "petunjuk" supaya bertukar kepada dadah ganja. Alhamdulillah dia tidak mengenali dadah lain selepas itu dan kini masih mengekalkan kepulihan daripada mana-mana dadah.

Pendek kata kita haruslah beringat dan elakkan saudara-mara dan rakan-rakan supaya tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah atau anasir tidak sihat sebegini. Tambah pula gam adalah antara barang yang senang didapati. Pengalaman juga menunjukkan penagih yang mengambil gam cepat  rosak sel otak.

Post a Comment

5 Comments

  1. Semoga set2 penghidu gam sedar akan keburukan n bahaya menghidu gam.

    ReplyDelete
  2. kebiasaaanya budak-budak sekolah banyak yang isap gam nie..pengalaman dulu terserempak dengan budak isap gam dia orang berkhayal , takut pulak rasa

    ReplyDelete
  3. ya allah bahaya isap gam ni.kesan nya buruk sgt.

    ReplyDelete
  4. kadang, ramai yang hisap ni sebab nak lari daripada realiti yang mencengkam jiwa. malah ramai juga akibat kawan, dan tidak kurang juga yang terjebak sebab nak cuba.

    Harap kita semua menjauhi benda sia-sia sebegitu itu.

    ReplyDelete
  5. nmpk mcm takde apa tp bahaya betul.... mcm2 betul lah depa nih kn.... tak terpikir pun rasanya hidu gam ni blh jd mengkhayalkan n memabukkan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi