Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MURAL DI BUKIT KELUANG BESUT TERENGGANU

MURAL DI BUKIT KELUANG BESUT TERENGGANU | Baru balik dari jenguk mak ayah kat kampung Sha ambil peluang juga bawa suami, anak-anak dan adik ke pantai berdekatan dengan rumah kat kampung. Pantai paling dekat adalah Pantai Bukit Keluang yang sememangnya menjadi tempat Sha dan keluarga beriadah dari kecil hingga sekarang macam sekarang Sha pula bawak anak. Pantai ini mengalami perubahan dan pembangunan dari masa ke masa yang mampu menarik pelancong dan orang tempatan berkunjung ke sana. Pernah baca review rakan blogger yang ke sana komen kat sana tak disediakan kemudahan surau, kini masalah itu tiada lagi kerana satu surau telah disediakan berhampiran kedai makan dan tandas awam. Untuk kali ini Sha ingin berkongsi satu tarikan yang ada iaitu mural di kaki bukit keluang, Sha pun dapat tahu dari orang kampung kongsi di media sosial mereka jadi Sha tak nak lepaskan peluang berkunjung sendiri.

 

Terdapat 4 gambar yang disediakan  disini, kebetulan semasa Sha ke sana ada pasangan pengantin sedang bergambar dengan mural terbabit. Gambar yang ada adalah mengikut gambaran pada puncak Bukit Keluang itu sendiri. Korang boleh cuba aktiviti hiking di sini jika ada masa terluang dan menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Mengikut pengalaman Sha, Sha lebih suka memulakan hiking dari bahagian belakang bukit dahulu berbanding bahagian depan yang perlu melalui anak tangga terlebih dulu kiranya naik ikut jalan tanah dan turun ikut anak tangga.


Sebelum bawa anak-anak bermain pasir pantai Sha mengajak suami untuk bergambar sekejap disini. Dinding mural ini terletak di kaki bukit keluang iaitu pertengahan jalan ke bahagian belakang bukit berkenaan. Lebih lanjut jika anda ingin ke Pantai Bukit Keluang, anda boleh boleh ke kanan atau kiri yang mana di cabang tiga kalau pilih ke kiri anda akan terus ke pantai manakala kalau ke kiri anda akan ke muara sungai dan lebih bertenang kerana tidak ramai orang kebiasaannya. Jika ke pantai memang penuh dengan pengunjung yang menikmati ombak dan bermain aktiviti yang ada seperti banana boat dan ke pulau berdekatan menaiki bot dengan bayaran tertentu.

Semoga selepas ini Pantai Bukit Keluang terus bertambah baik dengan fasiliti yang cukup untuk menampung kehadiran pengunjung. Korang ke sana takkan risaulah pasal makanan kini berderet kedai makan dan gerai yang dibuka sepanjang jalan berhampiran pantai. Macam biasalah kalau ke pantai layan keropok lekor dan satey ikan pun dah sedap ye tak.

Oklah setakat ini dulu, lepas gian Sha sentuh pasri pantai..huhuhu

Post a Comment

12 Comments

  1. lawa lukisan mural tu..zaza suka tengok hasil seni alam-alam yang indah macam tu

    ReplyDelete
  2. Comey dh bukit kluang loni, dlu gak allah, supo pntai trbuang. Alhmdulillah sgt loni dibangunkan balik.
    Nk try g la hjung mgu depan 😁

    ReplyDelete
  3. Next Oktober SA kena pi Kuala Terengganu...anak buah bertunang..sure best giler nanti kan..SA nak pi makan Ikan Celup Tepung...tapi x tau area mana...hehehehe...tempat ni pun ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmpg Sha jauh sikit dr Kuala Terengganu Kak SA...tp kalau dh kt Kuala Terengganu...tepi pantai tu byk kedai ikan dan seafood celup tepung ni..kawasan UMT tuu..dap2

      Delete
  4. teringin nak suruh orang lukis mural kat rumah sendiri

    ReplyDelete
  5. nak kumpul duit tabung..nak jalan2 terengganu hehehe

    ReplyDelete
  6. cantik mural2nya... ms sekolah dulu suka sgt nak melukis merual ni... bestnya kat besut, dah lama tak p tganu...

    ReplyDelete
  7. wahh menarik..nanti nak ajak shuben & anak-anak pergi lah!

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi